Friday, July 9, 2010

Makmal Sains

Sekolah telah pun mempunyai sebuah makmal Sains yang berada di belakang kelas Tahun 3. Disebab sekolah ini merupakan sebuah SKM,maka sekolah masih lagi tidak mempunyai kemudahan makmal Sains. Makmal yang baru dibuka ini sebenarnya adalah atas inisiatif guru-guru dan staf sekolah ini yang membuat sendiri makmal ini. Oleh kerana sekolah tidak mempunyai kelas yang kosong, maka kelas di Tahun 3 telah dibahagi kepada dua. Di tengah-tengah kelas telah pun dibuat 'partition' untuk mengasingkan kedua-dua bilik tersebut. 'Partition' itu hanya dibuat menggunakan kayu dan papan lapis. Selepas ini, kelengkapan makmal bolehlah ditambah dari semasa ke semasa untuk menjadikan makmal ini lebih lengkap seterusnya melancarkan lagi perjalanan pengajaran dan pembelajaran yang lebih beteraskan 'hands-on'. Bukan untuk siapa, tetapi untuk murid-murid di sekolah ini. Semoga sekolah ini akan mencapai kecemerlangan dalam Bidang Sains suatu hari nanti.

Tuesday, June 29, 2010

hubungi kami

alamat:
sekolah kebangsaan kuala kepis
72500 juasseh,
kuala pilah, negeri sembilan

telefon:
06-4981112

email:
skkualakepis@yahoo.com